Serif – Televisyen LED Dengan Rekaan Retro Oleh Samsung

Serif – Televisyen LED Dengan Rekaan Retro Oleh Samsung

Diterbitkan pada Sep 17, 2015 oleh .

Televisyen LED sekarang kesemua mempunyai rekaan yang hampir serupa. Yang membezakan antara satu sama laim ialah rekaan tapak. Ada yang menggunakan tapak plastik rata dan ada pula menggunakan tapak kaki empat diperbuat daripada logam. Bahagian skrin dan panel LED televisyen kesemuanya masih sama walaupun berbeza jenama.

Samsung-Serif-2

Samsung Serif ialah televisyen LED dengan rekaan retro dan unik. Dari sisi ia kelihatan seperti bentuk huruf I. Televisyen dengan rekaan unik ini direka oleh pereka terkenal Ronan dan Erwan Bouroullec. Mereka mahu menghasilkan sebuah televisyen LED yang berbeza dari apa yang ditawarkan di pasaran sekarang. Bingkai berbentuk I membolehkan pengguna meletakkan barang di atas televisyen ataupun tempat kucing berehat. Panel belakang Serif ditutup dengan bahan fabrik. Kesemua sambungan wayar dapat disorokkan di belakang panel fabrik ini. Terdapat tiga saiz Serif dihasilkan iaiatu 40, 32 dan 24 inci. Versi 40 inci dilengkapi empat kaki besi yang boleh diskru pada bahagian bawah sekiranya diperlukan.

Televisyen dengan rekaan retro ini akan dilancarkan secara rasmi pada 21 September hadapan di London. Tiada maklumat mengenai harga dan bilakan ia akan memasuki pasaran. Memandangkan televisyen ini direka oleh dua orang pereka ternama kami menjangka harga jualannya pasti lebih mahal dari biasa.

Samsung-Serif-3 Samsung-Serif-1


TIPS & ULASAN