Aplikasi Khan Academy Sedia Dimuat-Turun Pada Peranti Android – Belajar Di Mana-Mana Sahaja

Aplikasi Khan Academy Sedia Dimuat-Turun Pada Peranti Android – Belajar Di Mana-Mana Sahaja

Diterbitkan pada Sep 17, 2015 oleh .

Khan Academy merupakan salah satu laman web yang popular memfokuskan kepada pembelajaran atas-talian. Ia meliputi pelbagai topik pembelajaran, dan dilengkapi dengan tutorial dalam bentuk video untuk memudahkan para pelajar mempelajari sesuatu perkara dengan mudah.

Khan Academy

Khan Academy

Melalui aplikasi Khan Academy ini, pengguna boleh mengikuti pelbagai topik pembelajaran, menyimpan topik yang digemari, selain mengikuti progress pembelajaran mereka. Seperti semua sedia maklum, video Khan Academy dihoskan di YouTube, dan boleh diikuti disana, tetapi dengan adanya aplikasi ini, ia memudahkan lagi pengguna mengikuti progress pembelajaran mereka.

Daripada percubaan kami, aplikasi ini berfungsi dengan lancar pada telefon dan juga tablet. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma daripada Google Play Store hari ini.

Muat-Turun Khan Academy untuk Android


TIPS & ULASAN