Xiaomi Mi4c Sah Menggunakan USB-C – Harga Dijangka Bawah RM 1000

Xiaomi Mi4c Sah Menggunakan USB-C – Harga Dijangka Bawah RM 1000

Diterbitkan pada Sep 17, 2015 oleh .

Xiaomi Mi4c akan dilancarkan secara rasmi pada 22 September hadapan. Peranti ini akan menggunakan pemproses Snapdragon 808 dan dinantikan oleh mereka yang kurang berpuas hati dengan spesifikasi Mi4i. Terkini peranti ini disahkan menggunakan port USB-C. Ini disahkan sendiri oleh Encik Li, pengarah operasi Xiaomi menerusi laman Weibo rasmi mereka. Beliau turut mengatakan terdapat sebuah lagi fungsi menari Mi4c yang tidak boleh beliau dedahkan sekarang. Terdapat spekulasi ianya berkemungkinan besar sokongan pengecasan pantas Rapid Charge 2.0.

Ura-ura lain yang didengari ialah harga jualan Mi4c adalah 1299 Yuan (RM 865) untuk versi 16 Gigabyte dan 1499 Yuan (RM 998) untuk versi 32 Gigabyte. Sejauh mana kebenaran kesemua ura-ura ini akan kita ketahui dalam masa lima hari sahaja lagi. Sekiranya benar harga yang ditawarkan ini adalah sangat mampu milik bagi peranti dengan pemproses Snapdragon 808.

Xiaomi-mi4c-usb-c


TIPS & ULASAN