Cari @ Amanz

Khazanah Nasional agak aktif melabur pada beberapa syarikat di India akhir-akhir ini. Pada awal bulan September ini, mereka telah membuat pelaburan pada syarikat pakaian dalam wanita dinamakan Zivame di India, dan hari ini, Khazanah Nasional Malaysia dilaporkan membuat pelaburan pada salah satu laman jualan memfokuskan fesyen, dinamakan Yepme.

Pelaburan yang disertai oleh Khazanah Nasional Berhad ini berjumlah sebanyak $75 juta. Berapakah pegangan yang diambil-alih oleh pihak Khazanah Nasional dan pelabur lain yang menyertainya tidak diumumkan. Malah, kedua-dua pihak tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan pelaburan ini.

Yepme merupakan salah satu jenama yang menjual pakaian lelaki dan wanita, selain barangan lain seperti jam tangan, kasut dan sebagainya.

Selain di India, Yepme juga turut beroperasi di Amerika Syarikat, UK dan juga Singapura.

Dengan pelaburan kedua di India dalam tempoh sebulan ini, mungkinkah kita akan melihat lebih banyak syarikat lain memfokuskan digital yang menerima pelaburan daripada Khazanah Nasional dalam masa terdekat ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd