Fon Telinga Dengan Pengesan Tekanan Untuk Audio Lebih Baik Dipatenkan Apple

Fon Telinga Dengan Pengesan Tekanan Untuk Audio Lebih Baik Dipatenkan Apple

Diterbitkan pada Sep 18, 2015 oleh .

Fon telinga EarPod Apple adalah yang terbaik di pasaran kerana memberikan kualiti audio yang baik. Ia direka khas untuk menyalurkan audio dari pembesar suara terus ke gegendang telinga pemakai. Apple ingin memperbaiki kualiti audio fon telinga mereka dan sudahpun memfailkan paten untuk sebuah fon telinga baru. Fon telinga baru ini mempunyai pengesan tekanan terbina. Ia mengesan kekedapan udara apabila ia dipasang pada telinga pengguna. Sekiranya fon telinga tidak kedap pada telinga pengguna, bunyi bising dari luar akan mengurangkan kualiti audio yang didengari. Oleh itu fon telinga baru ini akan secara automatik melaraskan audio dari iPhone untuk “melawan” bunyi dari luar.

Sensor pengesan tekanan ini diletakkan pada sisi fon telinga. Paten difailkan untuk rekaan fon telinga EarPod dan juga fon telinga rekaan konvensional. Paten ini difailkan Mei lalu dan besar kemungkinan hanya akan mula digunakan dalam masa beberapa tahun dari sekarang.

Apple-Paten-EarbudsApple-Paten-Earbuds-2


TIPS & ULASAN