Trailer Permainan Attack On Titan Diperlihatkan – Grafik Seperti Anime
Artikel Berkaitan

Trailer Permainan Attack On Titan Diperlihatkan – Grafik Seperti Anime

Diterbitkan pada Sep 18, 2015 oleh .

Attack On Titan (Shingeki no Kyojin) ialah manga yang sedang hangat sekarang. Ianya memaparkan aksi yang setanding filem Hollywood, ganas seperti filem Hong Kong dan visual tidak masuk akal yang hanya mampu difikirkan oleh orang Jepun. Filem AoT pula masih ditayangkan di pawagam walaupun menerima kritikan negatif dari peminat siri Anime dan Manganya.Permainan videonya pula sedang dibangunkan oleh KoeiTecmo yang terkenal dengan siri Dynasty Warriors mereka.

Di bawah ialah trailer terkini permaian AoT yang dihasilkan untuk PlayStation 4, PlayStation 3 dan PS Vita. Grafik permainan menggunakan teknik cell shading bagi membuatkannya kelihatan seperti siri animasi. Aksi melawan Titan kelihatan sangat ganas dan juga epik. Permainan ini akan dilancarkan di Jepun hujung tahun ini dan versi bahasa Inggeris pula dilancarkan awal tahun hadapan.


TIPS & ULASAN