Facebook Membuka Pejabat Baru Di Thailand

Facebook Membuka Pejabat Baru Di Thailand

Diterbitkan pada Sep 18, 2015 oleh .

Impian Facebook untuk mendominasi media sosial dunia semakin hampir dengan pembukaan pejabat baru mereka di Thailand. Ia akan menjadi hab bagi peluasan pasaran Facebook di Asia Tenggara. Pengumuman pembukaan pejabat baru ini dilakukan oleh Sheryl Sandberg, COO Facebook melalui laman Facebook beliau.

Facebook-new-logo-1Setiap bulan 34 Juta rakyat Thailand menggunakan media sosial ini untuk berinteraksi. Mereka turut mengemaskini laman tiga kali ganda lebih kerap berbanding purata pengguna global. Ini mungkin antara sebab mengapa Facebook memilih untuk membuka pejabat mereka di Thailand.  Sebagai rakyat Malaysia harus kami katakan kami iri hati dengan pembukaan pejabat beberapa syarikat terkemuka dunia di negara jiran serantau.

Di Malaysia, sebelum ini Facebook telah mengambil-alih syarikat yang dinamakan sebagai Octazen, dan beberapa pengaturcara bekerja dari sana beberapa tahun lepas.

Ketika Korridor Raya Multimedia dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir Muhammad pada tahun 1996, negara kita menjadi negara paling awal yang cuba menceburi dunia saiber. Pelancarannya dihadiri nama besar dunia IT seperti Bill Gates. Negara-negara lain di rantau Asia masih belum menyedari potensi internet. Hampir dua dekad berlalu dan MSC yang dibanggakan kini jarang sekali didengari. Harapan menjadi kuasa besar atas talian juga tidak kita kecapi. Dimanakah silapnya sehingga negara jiran seperti Thailand, Singapura dan Indonesia dipilih untuk menjadi hab syarikat ternama dan bukannya negara kita?

Today we’re opening our first office in Thailand. Every month, 34 million Thais use Facebook to connect — and they post 3 times more than the global average. From local NGOs seeking donors to small businesses seeking customers, people across Thailand use Facebook to stay connected to the things that matter. Sureerat Sriphromkam is one of them. She owns a small business called JQ Seafood which delivers freshly cooked seafood to homes in Bangkok. She does everything through her Facebook Page – from talking to customers to filling orders. In less than four years, JQ Seafood has grown from 1 to 19 kitchens. Entrepreneurs like Sureerat are everywhere in Thailand – from the bustling street markets to the incredible malls – and we want to create more opportunities for them. We're grateful for the chance to partner with businesses like JQ Seafood – and help more people in Thailand connect to the people and things they love.

Posted by Sheryl Sandberg on Thursday, September 17, 2015


TIPS & ULASAN