Cari @ Amanz

Chromecast Baru Bakal Hadir Dengan Rekaan Berbeza Dan Sokongan Dinamakan Fast-Play

Oleh Aman

Link Copied!

Google selain dalam perancangan untuk memperkenalkan peranti Nexus baru, mereka juga dilihat dalam persiapan memperkenalkan peranti Chromecast yang serba-baru, membawakan pelbagai fungsi-fungsi yang dikemaskini, termasuk rekaan peranti berkenaan sendiri yang berbeza dengan versi asal.

Daripada gambar yang tertiris, Google dilihat akan meninggalkan rekaan berbentuk dongle sebelum ini, dan hadir dengan sebuah rekaan baru yang dilihat berbentuk bulat dan hadir dengan penyambung. Ia berkemungkinan untuk memuatkan spesifikasi yang dikemaskini serta beberapa ciri-ciri baru bersama-sama dengannya.

Chromecast Baru

Mengikut info yang hadir, ia dikatakan Chromecast generasi kedua ini akan dilengkapi dengan sokongan Wifi yang dikemaskini – berkemungkinan menyokong 802.11ac.

Disamping itu, sebuah fungsi baru dikatakan akan hadir dinamakan Fast Play. Ia dikatakan membolehkan pengguna memainkan video dengan lebih pantas berbanding apa yang ditawarkan hari ini. Google juga dikatakan akan membolehkan pengguna menambah paparan feeds ketika Chromecast dalam keadaan backdrop mode, membolehkan anda melihat kemaskini daripada laman sosial, laman berita, ataupun melihat gambar dan sebagainya.

Google dikatakan akan memperkenalkan Chromecast baru ini pada 29 September kelak, dimana pada tarikh sama peranti Nexus diura-ura akan diumumkan. Memandangkan Malaysia telah sedia menerima Chromecast, maka mungkin kita akan melihat ia turut hadir ke pasaran Malaysia dengan lebih pantas berbanding penawaran sebelum ini.


Komen ()