Metal Gear Online – Pengelasan Watak Dan Corak Permainan Diperlihatkan
Artikel Berkaitan

Metal Gear Online – Pengelasan Watak Dan Corak Permainan Diperlihatkan

Diterbitkan pada Sep 18, 2015 oleh .

Tokyop Game Show kini sedang berlanngsung dan antara maklumat terbaru yang diketahui ialah memgenai Metal Gear Online. Seperti GTA Online, MGO adalah permainan percuma yang boleh dimainkan oleh kesemua pemilik Metal Gear Solid V : The Phantom Pain. Dan sepertiĀ  GTA Online ia adalah arena untuk pemain berlawan sesama sendiri di atas talian. Video permainan di bawah memperlihatkan 3 pengkelasan watak yang boleh dipilih oleh pemain iaiatu Scout, Infiltrator dan Enforcer.

Metal-gear-Online

Scout ialah kelas penembak curi yang menyerang dari jarak jauh dan dapat mengesan musuh untuk dilihat oleh anggota pasukan anda. Inflitrator adalah kelas yang menitik beratkan corak permainan stealth. Mereka mempunyai baju lutsinar yang memudahkan mereka menyelinap ke dalam markas musuh. Akhir sekali Enforcer adalah kelas tank yang menyerang secara berdepan dengan kemampuan menggunakan lebih banyak senjata.

Tiga jenis mod permainan turut diperlihatkan iaitu Bounty Hunter, Comm Hunter dan Cloak And Dagger. Bounty Hunter adalah permainan team deathmacth biasa yang mengejar jumlah markah tertentu untuk memenangi pusingan. MGO melakukan perkara menarik di mana anda bukan sahaja boleh menembak mati musuh tetapu turut boleh melakukan aksi Fulton terhadap mereka. Aksi Fulton lebih berbaloi dilakukan kerana memberi lebih banyak markah kepada pasukan anda. Ini sahaja maklumat yang diketahui setakat ini. Metal Gear Online akan dilancarkan 6 Oktober hadapan buat pengguna konsol dan tahun hadapan buat pengguna PC.


TIPS & ULASAN