Sokongan Chromecast Bakal Hadir Ke Spotify

Sokongan Chromecast Bakal Hadir Ke Spotify

Diterbitkan pada Sep 18, 2015 oleh .

Terdapat beberapa aplikasi yang telah menyokong Chromecast, dimana pengguna boleh menggunakan aplikasi berkenaan, dan membuat siaran terus ke televisyen menggunakan Chromecast. Kini, selain daripada laporan berkaitan Chromecast generasi baru, Google juga dikatakan bakal mengumumkan bersama pihak Spotify untuk sokongan Chromecast pada aplikasi berkenaan.

Spotify

Seperti ramai sedia maklum, Spotify merupakan salah satu aplikasi memfokuskan penstriman muzik, membolehkan pengguna mendengar sebarang muzik daripada pelbagai penyanyi dengan mudah. Mereka juga turut telah memperluaskan penawaran mereka kepada kandungan berbentuk podcast dan juga video baru-baru ini.

Google dikatakan berkemungkinan mengumumkan sokongan Spotify ini bersama-sama perkhidmatan baru mereka yang dinamakan sebagai Chromeast Audio – membolehkan audio distrim ke sebarang speaker dengan mudah. Kita mungkin mendengar lebih lanjut mengenainya pada acara yang bakal diadakan pada 29 September kelak.


TIPS & ULASAN