Yahoo! Melancarkan Aplikasi Yahoo! Mail Rasmi Untuk Windows 10

Yahoo! Melancarkan Aplikasi Yahoo! Mail Rasmi Untuk Windows 10

Diterbitkan pada Sep 18, 2015 oleh .

Yahoo! Mail merupakan salah satu perkhidmatan emel yang popular sekitar beberapa tahun yang lepas, tetapi semakin kurang popular selepas kehadiran beberapa perkhidmatan lain seperti GMail dan sebagainya. Namun, sejak tahun lepas, Yahoo! dilihat telah memperkenalkan sedikit demi sedikit perkara baru pada perkhidmatan emel berkenaan.

Terkini, Yahoo! telah pun melancarkan aplikasi Yahoo! Mail untuk Windows 10, membolehkan pengguna sistem operasi terkini Microsoft berkenaan untuk menggunakan klien emel Yahoo! untuk tujuan penghantaran dan penerimaan emel.

Yahoo! Mail Windows 10

Daripada percubaan kami, ia tidak membawakan pengalaman seperti aplikasi natif, tetapi sebaliknya ia berfungsi sebagai sebuah aplikasi web yang dipakejkan kepada tetingkap aplikasi desktop. Namun, beberapa fungsi seperti sokongan notifikasi dan paparan emel pada Tiles disertakan melalui aplikasi ini.

Jika anda merupakan pengguna aktif Yahoo! Mail, anda boleh memuat-turun aplikasi ini pada Windows 10, dan memudahkan anda dalam menguruskan akaun emel Yahoo! anda.

Muat-Turun Yahoo! Mail untuk Windows 10


TIPS & ULASAN