Cari @ Amanz

Meizu bakal mengadakan sebuah acara khas pada 23 September ini, dimana mereka dijangka akan memperkenalkan telefon pintar baru mereka pada tarikh tersebut, bersama-sama kemaskini untuk sistem operasi Flyme OS mereka.

Meizu Logo Baru

Selain daripada pengenalan peranti baru sahaja, Meizu juga dijangka akan mengumumkan penjenamaan syarikat yang baru pada acara yang sama. Kali terakhir Meizu melakukan penjenamaan semula adalah pada tahun 2005 yang lepas, dimana mereka mengubah kepada logo sedia ada, dan menambah penawaran pelbagai peranti mereka.

Dengan penjenamaan baru syarikat yang akan diumumkan ini, mungkin juga kita akan mendengar lanjut mengenai perancangan dan hala tuju baru Meizu untuk tahun-tahun akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd