Cari @ Amanz

S Helth20150918_174538

Aplikasi Samsung S Health ialah aplikasi yang  dapat mengesan tahap kesihatan anda. Aplikasi ini pada asalnya adalah hanya boleh dimuat turun oleh peranti Samsung Galaxy yang berspesifikasi tinggi. Hari ini aplikasi ini boleh dimuat turun oleh kesemua peranti yang menggunakan Android 4.4 ke atas. Tambah menarik ianya boleh dimuat turun secara percuma. Kesemua fungsi asas seperti mengira langkah dan memantau pola tidur anda disokong di dalam aplikasi ini. Sekiranya anda mahu menggunakan fungsi mengesan nadi anda memerlukan peranti dengan pengesan peranti terbina. Kini tiada alasan lagi untuk anda untuk tidak mengamalkan gaya hidup sihat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd