Teclast telah memasuki Malaysia secara rasminya dan turut telah mula menawarkan beberapa peranti sejak daripada itu. Terkini, salah satu tablet baru yang telah mula ditawarkan oleh mereka adalah Teclast X70 3G.
Teclast X70 3G ini membawakan integrasi cip Intel 3G untuk sokongan panggilan suara dan juga internet. Disamping itu, ia turut dijana menggunakan cip Intel Atom X3-C3130, serta memori 1GB dan ruangan storan 8GB.
Tablet ini dijana menggunakan Android 4.4 serta menyertakan antaramuka khusus untuknya. Pihak Teclast menawarkan kerangka dan pelindung skrin secara percuma untuk pembelian tablet ini.
Anda yang berminat, boleh membuat pembelian di laman rasmi Teclast bermula hari ini.