Cari @ Amanz

Maxis hari ini secara rasminya mengumumkan akan mula menawarkan OnePlus 2 untuk pasaran tempatan, sekaligus membolehkan para pengguna tempatan yang berminat mendapatkannya. Maxis mengatakan mereka yang telah menerima jemputan khas boleh membeli peranti berkenaan bermula daripada 22 September, 10 pagi.

OnePlus 2

OnePlus 2

OnePlus 2 Sandstone Black 64GB akan dijual di Malaysia pada harga RM1687, dan Maxis turut akan menawarkannya dibawah penawaran Maxis Zerolution pada harga RM104 sebulan.

OnePlus 2 menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD penuh, dikuasakan dengan cip Snapdragon 810 generasi kedua, dilengkapi sokongan pengimbas cap jari, dan turut menyertakan port berasaskan USB Type-C. OnePlus turut menyertakan sebuah butang fizikal khusus untuk mengawal profil audio. OnePlus 2 dikuasakan menggunakan sistem operasi Oxygen OS.

Buat masa ini, pengguna masih memerlukan jemputan khas untuk mendapatkan peranti ini, dan tidak diketahui lagi bilakah jualan terbuka akan dilakukan mereka.

Maxis OnePlus 2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd