Carian
MyTeksi Menguji Pembayaran Menggunakan Kad Kredit Dan Debit Melalui GrabPay Untuk GrabCar
September 18, 2015 Aman

MyTeksi merupakan salah satu aplikasi yang membolehkan pengguna membuat tempahan teksi dengan mudah, disamping menawarkan perkhidmatan kenderaan premium dinamakan GrabCar. Sehingga kini, pembayaran yang dilakukan adalah dalam bentuk tunai, dan hari ini mereka telah mulakan ujian pembayaran menggunakan kad kredit atau kad debit melalui apa yang dipanggil mereka sebagai GrabPay.

GrabPay

GrabPay

GrabPay ini hanya ditawarkan untuk pelanggan yang menggunakan GrabCar (Economy) dan juga GrabCar+ (Premium) sahaja buat masa ini. Dan pihak MyTeksi menekankan fungsi ini hanya pada peringkat ujian beta sahaja buat masa ini, maka bukan semua yang akan dapat melihatnya.

Mungkin kita akan dapat melihat sokongan ini diperkenalkan kepada semua pengguna di Malaysia dalam beberapa bulan lagi.

Komen