Cari @ Amanz

Sudah lebih dua hari iOS9 boleh dimuat turun oleh pengguna peranti pintar Apple seluruh dunia. Dalam masa 24 jam sebanyak 12% peranti pintar Apple kini menggunakan sistem operasi terkini mereka. Apple mendakwa iOS9 adalah lebih pantas dan dapat mengurangkan penggunaan bateri berbanding iOS 8.4. Sejauh manakah kebenaran di sebalik dakwaan mereka? Sekiranya anda pengguna peranti lama adakah anda perlu mengemas kini ataupun kekal menggunakan iOS 8.4? Video di bawah akan menjawab kesemua persoalan anda. Kepantasan peranti iPhone 4S, 5, 5S dan 6 diuji menggunakan kedua-dua versi sistem operasi. Keputusannya pasti mengecewakan sekiranya anda seorang pengguna iPhone model lama. Aplikasi dilancarkan lebih perlahan dengan markah penanda aras yang lebih rendah dicatatkan selepas kemas kini. Kepada pengguna peranti baru pula sila kemas kini tanpa was-was.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd