Samsung Dilaporkan Membangunkan Kaca Tahan Lasak Sendiri Diberi Nama Turtle Glass

Samsung Dilaporkan Membangunkan Kaca Tahan Lasak Sendiri Diberi Nama Turtle Glass

Diterbitkan pada Sep 19, 2015 oleh .

Kaca Gorilla buatan Corning digunakan oleh pengeluar bagi memastikan peranti mereka tahan lasak dan tidak mudah pecah berderai. Ini adalah penting kerana kesemua peranti pintar sekarang memerlukan skrin sesentuh untuk beroperasi. Sekiranya skrin pecah peranti menjadi tidak berguna. Samsung adalah antara pengeluar yang menggunakan Kaca Gorilla tetapi kini terdapat ura-ura mereka sedang membangunkan kaca tahan lasak mereka sendiri. Nama yang diberikan kepada produk mereka ini ialah Turtle Glass. Nama “Turtle Glass” dan “Turtle” ditemui di dalam pangkalan data paten yang difailkan di Korea Selatan.

Penggunaan Kaca Kura Kura ini mungkin antara strategi Samsung untuk mengurangkan kos dan menghasilkan lebih banyak komponen secara dalaman. Mereka sudah menggunakan pemproses Exynos, sensor kamera ISOCELL dan sistem operasi Tizen buatan sendiri pada produk mereka. Di dalam pasaran peranti pintar yang semakin sengit ini, pengurangan kos dengan tidak bergantung kepada pihak ketiga adalah langkah yang sering diambil. Maklumat lanjut mengenai ketahanan Turtle Glass dan bila ia akan mula digunakan tidak pula diketahui setakat ini.

Turtle Glass


TIPS & ULASAN