Cari @ Amanz

Lanjutan daripada pelbagai desas-desus berkenaan peranti Nexus, hari ini Google telah mula menghantar jemputan kepada media untuk sebuah acara yang dijadualkan pada 29 September ini. Pada acara berkenaan, Google dijangka akan memperkenalkan peranti Nexus baru dan juga Chromecast baru.

Mengikut desas-desus, Google dijangka mengumumkan dua telefon pintar Nexus, satu daripada Huawei, dan satu lagi daripada LG. Kedua-duanya akan dilengkapi dengan pengimbas cap jari, port pengecasan berasaskan USB, dan dijana menggunakan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow.

Disamping itu, Google juga turut diura-ura akan memperkenalkan beberapa produk lain, seperti Chromecast dan beberapa rakan kerjasama untuknya.

Google seperti biasa, bakal menyiarkan pengumuman ini secara langsung melalui saluran YouTube mereka.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd