Menggunakan WeChat Pada iPhone Atau iPad? Kemaskini Aplikasi Anda Untuk Elak Jadi Mangsa Sekuriti

Menggunakan WeChat Pada iPhone Atau iPad? Kemaskini Aplikasi Anda Untuk Elak Jadi Mangsa Sekuriti

Diterbitkan pada Sep 19, 2015 oleh .

WeChatTencent, syarikat disebalik aplikasi permesejan popular, WeChat hari ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi, mengatakan versi WeChat sebelum ini mempunyai kerentanan dari segi sekuriti yang memuatkan pengodam boleh mengakses beberapa perkara. Tencent telah mengambil langkah awal dengan mengeluarkan kemaskini versi aplikasi untuknya, dan pengguna dinasihatkan menaik-taraf kepada WeChat 6.2.6 untuk iOS serta-merta.

Walaupun mempunyai kerentanan, Tencent mengatakan tiada data pengguna yang terjejas buat masa ini. Ia hanya memberikan kesan terhadap pengguna yang menggunakan WeChat 6.2.5 untuk iOS sahaja, dan versi terkini telah mengatasinya.

WeChat merupakan salah satu aplikasi permesejan yang menawarkan pelbagai fungsi tambahan, termasuk integrasi permainan – dan baru-baru ini turut telah memperkenalkan sokongan muzik melalui aplikasi Joox.

Jika anda menggunakan WeChat pada iPhone atau iPad, anda dinasihatkan untuk mengemaskini aplikasi WeChat anda kepada versi terkini dan elak daripada menjadi mangsa sekuriti pengodam.


TIPS & ULASAN