Jikalau beberapa tahun lepas, ramai mengatakan BlackBerry akan menggunakan sistem Android sepenuhnya, mungkin ramai tidak percaya. Namun, revolusi platform mudah-alih kini membuatkan BlackBerry hadir dengan peranti menjalankan sistem operasi Android sepenuhnya dan bukan setakat integrasi sokongan aplikasi sahaja seperti pada BlackBerry 10 sebelum ini.
Sebelum ini pelbagai desas-desus telah kedengaran mengenai peranti BlackBerry Venice ini, malah pelbagai gambar yang tertiris sebelum ini memperlihatkan BlackBerry Venice.
https://www.youtube.com/watch?v=a2-bR5zFbzw
Kini sebuah video baru turut tertiris menunjukkan dengan jelas peranti BlackBerry Venice ini yang menggunakan sistem operasi Android sepenuhnya dengan antaramuka vanilla – disamping turut menyertakan integrasi papan kekunci fizikal.
Video ini memperlihatkan peranti BlackBerry Venice yang dalam peringkat ujian, tetapi dilihat berfungsi dengan lancar. Pengguna boleh turut mengakses beberapa fungsi popular BlackBerry 10 seperti BlackBerry Hub dan sebagainya. Berkemungkinan versi akhir turut akan hadir dengan sokongan BlackBerry Blend – aplikasi desktop BlackBerry.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah BlackBerry akan mengumumkannya secara rasmi. Tetapi dengan pelbagai gambar dan video yang tertiris ini, mungkin kita akan melihatnya dalam sebulan dua lagi.