Gambar Microsoft Band 2 Tertiris – Memperlihatkan Rekaan Dengan Skrin Sedikit Melengkung

Gambar Microsoft Band 2 Tertiris – Memperlihatkan Rekaan Dengan Skrin Sedikit Melengkung

Diterbitkan pada Sep 21, 2015 oleh .

Microsoft sebelum ini telah memperkenalkan gelang tangan pintar yang mesra pelbagai platform, dinamakan sebagai Microsoft Band. Pada tahun ini, mereka dijangka akan mengumumkan kemaskini untuk peranti berkenaan – berkemungkinan bersama-sama pengumuman Surface Pro 4 dan juga peranti Lumia baru.

Microsoft Band 2

Microsoft Band 2 kelak dilihat akan membawakan rekaan yang lebih melengkung berbanding versi sebelum ini. Ia dilihat akan menyertakan pelbagai sensor seperti versi asalnya – dimana antaranya adalah termasuk integrasi GPS, gyrometer mikrofon, dan juga sensor UV.

Microsoft dijangka akan memperkenalkan ia pada bulan Oktober ini. Namun, ia tidak diketahui lagi sama ada peranti ini akan ditawarkan di beberapa negara sahaja secara terhad – ataupun akan dipasarkan pada peringkat global.


TIPS & ULASAN