Cari @ Amanz

Terdapat beberapa perisian penyuntingan teks untuk sistem operasi Windows, dan salah satu penyunting teks yang baru adalah Write!. Seperti kebanyakkan perisian lain, ia turut memfokuskan kepada memudahkan para pengguna menulis sebarang artikel atau dokumen tanpa gangguan yang boleh mengalihkan perhatian mereka.

Write!

Write! membawakan fungsi asas untuk penulisan, dan pengguna hanya dipaparkan dengan halaman untuk menulis sahaja. Pelbagai tetapan seperti untuk bold, mengubah warna dan sebagainya boleh diakses dengan klik-kanan pada perisian berkenaan. Write! juga membawakan sokongan tab yang membolehkan anda membuat beberapa penulisan berbeza pada sesuatu masa.

Write! ditawarkan dalam dua versi berbeza, iaitu Write! Lite yang percuma, dan juga Write! Pro yang ditawarkan pada harga langganan untuk integrasi sokongan awan dan juga sync ke pelbagai peranti lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd