honor 7 Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM1399

honor 7 Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM1399

Diterbitkan pada Sep 21, 2015 oleh .

honor Malaysia hari ini secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran Malaysia, iaitu honor 7. Seperti ramai sedia maklum, honor 7 telah dilancarkan di Eropah sebelum ini, dimana ia membawakan kerangka berasaskan logam dan rekaan yang lebih premium berbanding versi sebelumnya.

honor 7 membawakan skrin bersaiz 5.2-inci dilengkapi dengan cip Kirin 935 yang dibangunkan oleh Huawei dibawah jenama Hi-Silicon. Peranti ini menggunakan memori 3GB RAM dan bateri berkapasiti 3100mAh.

Honor 7

Honor 7

Salah satu fungsi baru yang disertakan pada honor 7 ini adalah sokongan pengimbas cap jari pada bahagian belakang yang mana beroperasi lebih pantas daripada TouchID pada iPhone. Pengguna boleh log masuk dari skrin kekunci peranti dengan hanya membuat imbasan cap jari. Daripada percubaan kami, ia berfungsi dengan lancar tanpa masalah, dan boleh mengenal-pasti input dengan sangat pantas berbanding beberapa peranti lain yang menyertakan sokongan sama.

honor 7 juga menyertakan sebuah butang fizikal khusus pada bahagian tepi yang membolehkan pengguna untuk menetapkan sehingga tiga aplikasi untuk diakses dengan pantas menggunakannya. Sebagai contoh, anda boleh menetapkan untuk mengakses Google Now dengan tekan untuk seketika, ataupun mengaktifkan lampu suluh dengan menekannya dua kali. Pengguna boleh mengubah tetapan aplikasi yang dikehendaki untuk dibuka ketika menekannya melalui halaman khusus yang disediakan di honor 7.

Honor 7

Honor 7

Untuk rakaman kamera, ia menyertakan kamera belakang 20-megapixel menggunakan sensor daripada Sony. honor melalui EMUI, menyertakan beberapa mod rakaman tambahan untuk pengguna melalui honor 7. Antaranya adalah termasuk sokongan rakaman lampu dan gerakan cahaya melalui Light Trail Mode. honor 7 juga menyertakan mod khusus untuk rakaman gambar yang menghasilkan rakaman gambar makanan lebih cantik berbanding kebiasaan.

Honor 7 Good Food

honor 7 akan boleh dipra-tempah melalui vMall bermula hari ini, 21 September 2015 pukul 1 petang, dimana mereka menawarkannya pada harga RM1399. honor akan menawarkan gantian untuk skrin yang pecah dalam tempoh 6 bulan pertama, selain mereka turut menawarkan kad mikro-SD 32GB untuk 1000 pembeli pertama. honor 7 akan mula dijual secara rasmi bermula 28 September 2015.

Baca : Pandang Pertama Honor 7


TIPS & ULASAN