Celcom Kini Menawarkan Akses Internet Percuma Dari 1-7 Pagi Untuk Magic SIM

Celcom Kini Menawarkan Akses Internet Percuma Dari 1-7 Pagi Untuk Magic SIM

Diterbitkan pada Sep 21, 2015 oleh .

Suku tahun ketiga tahun ini memperlihatkan pelbagai kemaskini dan pengenalan produk baru dari syarikat telekomunikasi. Terbaru, Celcom menerusi pelan Magic SIM, telah menambah penawaran terbaru yang digelar sebagai Internet Burung Hantu, memberikan penggunaan data internet percuma dari jam 1 pagi hingga 7 pagi.

Burung Hantu

Khusus buat pelanggan Magic SIM, mereka kini akan berupaya bukan sekadar menggunakan penstriman percuma, malahan sebarang penggunaan data pada tempoh ini tidak akan dikira dalam had kuota data mereka. Bagi mendapatkan fungsi ini, pelanggan perlu melanggan pelan data mingguan atau pelan data bulanan dari Magic SIM pada harga bermula RM10 untuk 500MB yang turut disertakan 15 minit panggilan percuma dan 15 SMS percuma. Bagi pelan internet RM 25 (1GB), RM 38 (2GB) dan RM 58 untuk 4GB pelanggan akan menerima panggilan percuma selama 75 minit dan 75 SMS percuma.

Anda boleh mendapatkan MagicSIM pada harga RM5 yang turut disertakan dengan 200MB data berkelajuan tinggi dan juga kredit bernilai RM3. Sekiranya anda sudahpun melanggan XPAX, anda boleh membuat peralihan kepada pelan MagicSIM ini melalui menu pilihan pelan pada akaun anda.

Internet Burung Hantu


TIPS & ULASAN