Carian
Lenovo PHAB Plus Dilancarkan Di Malaysia – Gabungan Tablet Dan Telefon Pada Saiz 6.8-inci
September 21, 2015 Aman

Lenovo telah memperkenalkan keluarga peranti baru mereka dinamakan sebagai PHAB Plus pada IFA 2015 yang lepas, dimana ia membawakan gabungan kepada tablet dan juga telefon dengan peranti bersaiz 6.8-inci. Lenovo pada minggu lepas telah memulakan pra-tempahan untuknya, dan hari ini melancarkan secara rasmi telefon pintar berkenaan di Malaysia.

Lenovo PHAB Plus

Lenovo PHAB Plus dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 615, kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel. Kebanyakkan peranti berasaskan cip Snapdragon 615 sebelum ini mempunyai sedikit masalah, seperti cepat panas ataupun mempunyai lengah masa ketika digunakan. Ia tidak diketahui sama ada Lenovo PHAB Plus turut akan menghadapi masalah sama ataupun sebaliknya.

Lenovo turut menyertakan sokongan Dolby Atmos pada peranti ini untuk membolehkan pengguna menikmati multimedia dengan pengalaman bunyi yang baik ketika menggunakannya. Dan untuk bateri, ia dilengkapi bateri berkapasiti 3500mAh – dikatakan menawarkan masa penggunaan sepanjang hari.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan peranti ini daripada para pengedar rasmi Lenovo di seluruh negara bermula hari ini pada harga RM1199.

Lenovo Phab Plus

Komen