Cradle Fund Menambah Rakan Kerjasama – Dana Pelaburan Strategik Kini Berjumlah RM107.2 Juta

Cradle Fund Menambah Rakan Kerjasama – Dana Pelaburan Strategik Kini Berjumlah RM107.2 Juta

Diterbitkan pada Sep 21, 2015 oleh .

Cradle Fund bermula tahun lepas telah mengumumkan rakan kerjasama bagi melabur untuk startup tempatan. Sehingga kini, sebanyak 9 rakan kerjasama yang telah bersetuju untuk melabur terhadap startup tempatan dan pada hari ini mereka mengumumkan 4 rakan kerjasama baru yang turut membawakan nilai pelaburan sejumlah RM50.5 juta.

Untuk persetujuan kali ini, 4 syarikat pelaburan yang menjadi rakan kerjasama Cradle adalah Senior Marketing System Asia Pte Ltd (SMS Asia), East Ventures SEA 2, MOC Capital Berhad dan juga Qeerad Holdings Sdn Bhd. SMS Asia merupakan syarikat berpangkalan dari Jepun dan lebih berminat untuk melabur dalam startup yang memfokuskan industri kesihatan dan juga IT. Bagi MOC Capital dan East Ventures, mereka berminat untuk melabur pada startup yang lebih kearah komersial dan juga berupaya menyelesaikan masalah serantau manakala Qeerad Holdings mencari startup yang memfokuskan pembangunan aplikasi mudah-alih dan juga perisian yang boleh dijadikan sebagai perkhidmatan (SaaS- Software as a Service).

Menerusi kerjasama ini juga, pelaburan yang diberikan adalah bercorak 1-to-1 dimana bagi startup yang menerima pelaburan dari mana-mana rakan kerjasama Cradle, Cradle juga akan memberikan pelaburan yang sama untuk startup tersebut. Sehingga kini terdapat banyak startup yang telah menerima pelaburan bersama antaranya MauKerja, Sync dan Be Malas.

Bagi lebih informasi dan sekiranya anda pengusaha startup yang berminat dengan pendanaan sebegini, anda boleh mengetahuinya dengan lebih lanjut dari laman web Cradle.


TIPS & ULASAN