Hajj 360 – Lihat Kawasan Yang Dikunjungi Ketika Melakukan Ibadah Haji Dalam Paparan 360-darjah

Hajj 360 – Lihat Kawasan Yang Dikunjungi Ketika Melakukan Ibadah Haji Dalam Paparan 360-darjah

Diterbitkan pada Sep 21, 2015 oleh .

Perkembangan teknologi telah membolehkan kita menikmati pelbagai perkara terus dari skrin komputer – apatah lagi dengan perkembangan teknologi realiti-maya yang semakin memudahkan lagi perkara berkenaan, disamping menjadikannya lebih interaktif.

Hajj 360

Kini, salah satu media terkemuka, iaitu Al-Jazeera hadir dengan video interaktif 360-darjah dinamakan sebagai Hajj 360. Melalui video berkenaan, pengguna boleh melihat kawasan-kawasan yang dikunjungi ketika melakukan ibadah haji terus pada komputer atau telefon pintar mereka dalam bentuk paparan 360-darjah.

Dengan membuka video berkenaan pada desktop, anda boleh mengerakkan video untuk melihat paparan lain menggunakan kekunci arah pada papan kekunci. Sebaliknya, jika ingin lebih menarik, maka anda boleh menggunakan telefon pintar anda melalui aplikasi YouTube – dan seterusnya mengerakkan ia ke kiri, ke kanan, ke atas dan ke bawah untuk melihat pemandangan sekeliling – dan pada masa yang sama mengikuti penerangan berkenaan sesuatu lokasi.


TIPS & ULASAN