Kusyen Utsubusene – Memudahkan Anda Menaip Secara Bertelangkup

Kusyen Utsubusene – Memudahkan Anda Menaip Secara Bertelangkup

Diterbitkan pada Sep 21, 2015 oleh .

Jepun ialah negara unik yang melahirkan pelbagai rekaan aneh seperti kayu selfie. Setiap tahun ribuan Chindogu (rekaan yang tidak berapa berguna) dihasilkan di negara matahari terbit ini. Kusyen Utusubusene ialah satu lagi chindogu yang ingin kami miliki. Ianya sebuah kusyen boleh laras yang direkan bagi memudahkan anda menaik secara bertelangkup. Selalunya apabila menaip di dalam posisi ini tangan terutamanya bahagian siku akan mudah terasa sakit.

Ubutsune-1

Dengan Utsubusene tubuh anda ditopang oleh bahagian kusyen lembut dan tangan tidak lagi menahan berat anda. Ia juga sesuai digunakan ketika membaca majalah ataupun ketika menggunakan peranti pintar. Terdapat tiga tetapan sudut iaitu 24, 27 dan 34 darjah untuk anda pilih. Harga jualan kusyen ini ialah $100 sebuah. Harus diakui harga jualan ini amat mahal tetapi jika anda mahukan keselesaan dan tangan yang tidak kebas ketika menaip inilah alat yang anda perlukan.

Ubutsune-2


TIPS & ULASAN