Robot Yang Mampu Mengalahkan Manusia Dalam Permainan “1 2 Som” Dihasilkan

Robot Yang Mampu Mengalahkan Manusia Dalam Permainan “1 2 Som” Dihasilkan

Diterbitkan pada Sep 21, 2015 oleh .

Mengikut filem Terminator, Skynet ialah komputer kepintaran buatan (A.I) yang memulakan kemusnahan dunia dengan melancarkan serangan nuklear. Skynet menyedari manusia adalah penyebab dunia semakin musnah dan satu-satunya cara untuk menyelamatkan bumi ialah dengan mengurangkan populasi manusia. Kepintaran buatan seperti yang dipaparkan di dalam filem Terminator masih belum wujud tetapi risiko ia menjadi realiti kerap kali disentuh oleh Dr Stephen Hawkings dan Elon Musk. Kedua-dua tokoh teknologi dan sains ini meminta supaya pembangunan kepintaran buatan di dalam teknologi persenjataan diharamkan sebelum ianya terlambat. Fiksyen menurut mereka akan menjadi realiti lebih awal dari yang kita sangkakan kerana kemajuan di dalam bidang perkomputeran.

Skynet yang memusnahkan manusia masih belum wujud. Tetapi robot yang boleh mengalahkan manusia secara 100% di dalam permainan “1 2 Som” (Rock Paper Scissors) kini sudah wujud. Robot Janken berbentuk jari tangan ini mengesan pergerakan jari manusia yang ingin berlawan dengannya. Dengan kemampuan ini ia boleh “menipu” dan pantas mengubah bentuk jarinya bagi mengalahkan manusia. Ianya dibangunkan di Makmal Ishikawa Watanabe, Universiti Tokyo. Kamera dengan sistem kamera pengesan pantas digabungkan dengan tangan robotik digunakan bagi membina robot mustahil untuk dikalahkan. Tangan manusia biasa memerlukan 60 milisaat untuk membentuk rupa kertas, gunting dan batu. Tangan Janken hanya memerlukan 20 milisaat untuk melakukan aksi yang sama. Pendek kata tidak ada manusia di dunia yang boleh mengalahkannya kerana batasan biologi.


TIPS & ULASAN