LG Class Dilancarkan Dengan Rekaan Berasaskan Kerangka Logam Dan Cip Snapdragon 410
LG

LG Class Dilancarkan Dengan Rekaan Berasaskan Kerangka Logam Dan Cip Snapdragon 410

Diterbitkan pada Sep 21, 2015 oleh .

LG hari ini telah memperkenalkan salah satu penambahan peranti dibawah penawaran mereka, iaitu LG Class. Ia akan dijual di Korea Selatan bermula hari ini, dan membawakan spesifikasi pertengahan dengan rekaan kerangka berasaskan logam untuk memberikan pengalaman seumpama menggunakan peranti premium.

LG Class

LG Class menggunakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 720p, dilengkapi cip Snapdragon 410, memori 2GB RAM, dan ruangan storan 16GB yang boleh diperluaskan menggunakan slot mikro-SD. Peranti ini turut hadir dengan bateri berkapasiti 2050mAh dan menjalankan sistem operasi Android 5.1.

Untuk rakaman selfie, LG Class menggunakan kamera 8-megapixel, serta hadir dengan sokongan gesture untuknya rakaman selfie. Untuk kamera utama di belakang, LG Class menggunakan kamera 13-megapixel.

Fungsi asas lain seperti GPS, NFC, Bluetooth dan sebagainya turut disertakan pada peranti ini.

Di Korea Selatan, peranti ini dijual pada harga 399,300 Won yang mana jikalau dilakukan perubahan mata wang, berharga sekitar RM1450. Pada harganya, pengguna mungkin akan lebih memilih peranti seperti LG G4 atau peranti lain yang menawarkan ciri-ciri yang lebih menarik – selain hanya rekaan kerangka berasaskan logam sahaja.

LG Class


TIPS & ULASAN