Apple Mengemaskini AppStore Dengan Membuang Sejumlah Aplikasi Dicemari Malware

Apple Mengemaskini AppStore Dengan Membuang Sejumlah Aplikasi Dicemari Malware

Diterbitkan pada Sep 21, 2015 oleh .

Dengan perkembangan dunia peranti mudah-alih, ia kini turut menjadi sasaran ramai pengodam untuk mencuri dan mendapatkan data pengguna dengan menyerang beberapa aplikasi berkaitan. Terkini, Apple dilihat sedang mengemaskini kedai aplikasi mereka dengan membuang sejumlah aplikasi yang terjejas dengan serangan malware pihak ketiga.

Menurut Apple, pelbagai aplikasi yang dibangunkan menggunakan XcodeGhost terjejas dengan malware ini. XcodeGhost merupakan perisian tiruan Xcode untuk membangunkan aplikasi iOS dan juga Mac.

Apple mengatakan mereka telah membuang beberapa aplikasi yang terjejas dengan kod berbentuk malware ini dan tidak menyatakan bagaimana pengguna boleh menyemak peranti mereka sama ada terjejas dengannya ataupun tidak.

Tiada kecurian data yang dilaporkan buat masa ini – tetapi ia agak menakutkan melihatkan kepada aplikasi ini yang berjaya diterbitkan pada kedai aplikasi Apple walaupuan telah melalui proses pengesahan daripada mereka terlebih dahulu.

Ia tidak diketahui lagi berapa banyak aplikasi yang terkesan dengan masalah ini. Pada lewat minggu lepas, WeChat telah mengumumkan kemaskini sekuriti untuk aplikasi iOS mereka yang turut berkaitan dengan masalah sekuriti.


TIPS & ULASAN