Cari @ Amanz

Dropbox merupakan salah satu perkhidmatan storan awan yang digunakan ramai pengguna seluruh dunia – bukan sahaja pada peringkat perusahaan, tetapi juga ramai pengguna persendirian. Terkini, pihak Dropbox membawa fungsi kolaborasi bersama lain dinamakan Dropbox Team – menyasarkan terutamanya pengguna persendirian dan syarikat kecil yang tidak melanggan Drobox Business.

Drobox Team

Melalui fungsi baru ini, sesiapa sahaja boleh membuat Team mereka, dimana selepas menambah mereka dalam sebuah kumpulan sama, anda kemudian boleh berkongsi dokumen dengan mereka dengan mudah antara satu sama lain. Dengan menambah ahli pasukan baru, mereka akan mempunyai akses yang sama kepada folder yang ditetapkan untuk berkongsi. Beberapa sub-group turut boleh dicipta untuk mengasingkan pasukan berdasarkan kepada bidang tugas dan akses kepada dokumen.

Di samping itu, Dropbox juga mengatakan pengguna boleh membahagikan akaun kepada kerja peribadi dan juga tugasan kerja – dalam memudahkan anda memfokuskan kepada perkara yang anda ingin lakukan.

Fungsi baru ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna Dropbox bermula minggu hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd