Huawei Mahukan Pendapat Anda Mengenai Penggunaan Aplikasi Terpasang Pada Peranti Mereka

Diterbitkan pada Sep 22, 2015. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Ada yang memanggilnya aplikasi terpasang tetapi kami lebih gemar memanggilnya aplikasi gendut. Ini adalah nama yang diberikan kepada aplikasi yang sudah wujud di dalam peranti kali pertama adan menghidupkan peranti yang baru. Samsung sudah mula membenarkan pengguna membuangnya. Apple sedang memikirkan untuk mengikuti jejak Samsung. Lenovo dan Sony pula akan mengikut jejak Nexus. Asus juga yang masih tiada sebarang polisi mengenai aplikasi terpasang yang jumlahnya melebihi 20 pada peranti mereka.

Huawei sedang mendapatkan maklum balas dari pengguna mengenai aplikasi terpasang pada peranti mereka. Sekiranya anda mahukan Huawei untuk tidak lagi meletakkan aplikasi terpasang anda digalakkan mengundi sekarang. Anda diberikan tiga pilihan. Pilihan pertama ialah mengekalkan aplikasi terpasang. Pilihan kedua ialah mengekalkan aplikasi terpasang tetapi dengan pilihan membuangnya kemudian dan akhir sekali hanya menyertakan aplikasi Google. Kepada pengguna peranti Huawei di kalangan pembaca Amanz, ini masanya untuk anda menyuarakan pendapat anda mengenai isu ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami