Cari @ Amanz

Lagi berita baik untuk Apple. Hari ini secara ramsi mereka mengumumkan lebih 50% peranti iOS sudah menggunakan versi terkini iaitu iOS 9. Jumlah peratusan ini dicapai dalam masa kurang dari seminggu selepas ianya boleh dimuat turun. Menurut Apple ini menjadikan iOS9 sistem operasi yang paling pantas mencecah 50% penggunaan dalam sejarahnya. Jumlah peranti yang menggunakan iOS9 akan semakin bertambah apabila iPhone 6S dan 6S Plus mula dijual Jumaat ini di beberapa negara terpilih.

iOS9 Siri

Sebagai perbandingan, sehingga hujung bulan Ogos yang lalu jumlah peranti yang menggunakan Android Lollipop hanya mencecah 21%. Sistem operasi Android Kit Kat masih lagi digunakan oleh majoriti pengguna dengan 39.2%  sepuluh bulan selepas kemas kini Lollipop diperkenalkan oleh Google. Ini bermakna majoriti pengguna Android masih belum merasai keindahan Material Design walaupun tarikh pelancaran Android 6.0 Marshmallow sudah semakin hampir.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd