Acer Mula Menawarkan Aspire Switch 11V dan Acer One 10 Di Malaysia – Peranti Hibrid Dengan 4 Mod Penggunaan

Acer Mula Menawarkan Aspire Switch 11V dan Acer One 10 Di Malaysia – Peranti Hibrid Dengan 4 Mod Penggunaan

Diterbitkan pada Sep 22, 2015 oleh .

Acer Malaysia hari ini menambah dua lagi produk penawaran mereka di Malaysia – khususnya memfokuskan kepada peranti berbentuk hibrid dengan 4 mod penggunaan berbeza, dimana peranti boleh dilipat 360-darjah untuk menjadikannya sebagai komputer riba, tablet, tent dan juga mod display.

Dua peranti yang diperkenalkan adlah Acer Aspire Switch 11 V dan juga Acer One 10.

Acer Aspire Switch 11 V adalah kemaskini kepada keluarga Aspire Switch 11 sebelum ini, hadir dengan skrin bersaiz 11.6-inci, dan dijana menggunakan cip pemprosesan Intel Core M.

Acer Aspire Switch 11 V

Ia membawakan rekaan skrin dan papan kekunci yang boleh ditanggalkan dan dihubungkan menggunakan sokongan magnetik. Acer mengatakan mereka mengintegrasikan teknologi Acer
BluelightShield yang mengurangkan paparan cahaya biru ke mata yang selalunya membuatkan mata cepat letih.

Acer One 10 juga membawakan rekaan peranti yang boleh ditanggalkan antara skrin dan juga papan kekunci. Acer One 10 menggunakan skrin 10-inci dengan paparan HD (1280×800 pixel) dan dijana menggunakan cip Intel Atom. Acer One 10 memfokuskan kepada kemudahan untuk menggunakan peranti berkenaan dimana-mana dengan mudah – terutamanya jika ingin membuat beberapa tugasan asas.

Acer One 10

Acer Aspire Swicth 10 berharga RM2199 di Malaysia, sementara Acer One 10 berharga RM999. Kedua-duanya boleh didapati daripada pengedar rasmi Acer Malaysia seluruh negara bermula hari ini


TIPS & ULASAN