Apple Menyenaraikan iPad Mini 4 Pada Harga Bermula RM1599 – Masih Belum Mula Menjualnya

Apple Menyenaraikan iPad Mini 4 Pada Harga Bermula RM1599 – Masih Belum Mula Menjualnya

Diterbitkan pada Sep 22, 2015 oleh .

Apple hari ini telah mengemaskini laman Apple Malaysia dengan turut menyenaraikan Apple iPad Mini 4 yang telah diumumkan baru-baru ini. Tablet dengan skrin bersaiz 7.9-inci ini disenaraikan pada harga bermula Rm1599 untuk model dengan ruangan storan bersaiz 16GB WiFi.

Apple iPad Mini 4

Tiga variasi storan disediakan iaitu 16GB, 64GB dan juga 128GB, selain pilihan WiFi dan juga sokongan rangkaian selular.

Daripada harga yang dipaparkan pada web rasmi, iPad Mini 4 versi Wifi dijual pada harga RM1599 untuk 16GB, RM1999 untuk 64GB dan RM2399 untuk 128GB.

Sementara untuk versi selular pula, ia dijual pada harga RM2099 untuk 16GB, RM2499 untuk 64GB dan juga RM2899 untuk 128GB.
Apple iPad Mini 4 hadir dengan kemaskini pada spesifikasi, membawakan sokongan rangkaian WiFi yang lebih pantas, dan menggunakan sistem operasi iOS 9. Sokongan pengimbas cap jari turut disertakan pada iPad Mini 4 ini.

Layari : Apple iPad Mini 4


TIPS & ULASAN