Cari @ Amanz

Peranti dengan sokongan stylus mempunyai permintaannya tersendiri – dan salah satu peranti popular yang menyertakan stylus adalah Galaxy Note daripada Samsung. Beberapa pengeluar lain turut hadir dengan sokongan stylus pada peranti mereka, dan kini dikatakan Huawei turut sedang membangunkan peranti mereka tersendiri dengan teknologi sama.

Huawei P8 Max

Huawei dikatakan sedang dalam fasa perbincangan bersama beberapa pengeluar stylus untuk membangunkan sebuah peranti bersaiz besar dilengkapi dengan sokongan teknologi stylus.

Ia dilaporkan Huawei telah bertemu dengan pihak Wacom, tetapi ia tidak berjaya – berkemungkinan kerana Wacom yang mempunyai pelaburan pihak Samsung mungkin telah menandatangani perjanjian eksklusif dengan Samsung.

Memandangkan Huawei masih lagi pada fasa awal, maka mungkin kita hanya akan melihatnya diintegrasikan pada peranti tahun hadapan daripada mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd