Cari @ Amanz

Opera Software merupakan salah satu pembangun pelayar web popular – terkenal dengan penawaran Opera Mini untuk peranti mudah-alih mereka. Kini, setelah menyediakan penawaran mereka selama lebih kurang 20 tahun, hari ini Opera mengumumkan pengenalan identiti dan logo syarikat yang baru.

Opera Baru

Opera mengatakan hari ini lebih 350 juta pengguna seluruh dunia yang mengakses internet melalui aplikasi dan perkhidmatan mereka, selain lebih 1.1 bilion pengguna yang mengakses melalui Opera Mediaworks.

Logo “O” baru untuk Opera kini membawakan rekaan seumpama 3-dimensi, yang mana memberikan petanda untuk lebih kandungan, penemuan, jawapan, komunikasi dan penjimatan data melaluinya.

Opera juga mengatakan kini mereka memanggil syarikat mereka sebagai Opera dan bukan lagi Opera Software seperti sebelumnya.

Opera akan memperkenalkan pengenalan identiti baru ini secara berperingkat kepada semua aplikasi dan perkhidmatan mereka – bermula daripada Opera Mini untuk iOS hari ini.

Mungkin dalam minggu-minggu akan datang, kita juga akan melihat lebih banyak fungsi baru hadir ke perkhidmatan mereka, selain diintegrasikan antara satu sama lain.

Opera Baru

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd