Xiaomi Mi4c Dilancarkan Di China – Cip Snapdragon 808, Skrin 5-inci, USB Type-C, Dan Fungsi EdgeTap

Xiaomi Mi4c Dilancarkan Di China – Cip Snapdragon 808, Skrin 5-inci, USB Type-C, Dan Fungsi EdgeTap

Diterbitkan pada Sep 22, 2015 oleh .

Xiaomi hari ini telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran China, dinamakan sebagai Xiaomi Mi4c. Ia merupakan kemaskini dengan spesifikasi yang lebih tinggi berbanding dengan Xiaomi Mi4i sebelum ini, tetapi mengekalkan rekaan yang lebih kurang sama – serta menyertakan beberapa ciri-ciri baru melaluinya.

Xiaomi Mi4c

Xiaomi Mi4c

Xiaomi Mi4c

Xiaomi Mi4c hadir menggunakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD penuh, dan dijana menggunakan cip Snapdragon 808 – berbanding hanya Snapdragon 615 pada Mi4i.

Xiaomi Mi4c menggunakan bateri berkapasiti 3080mAh, dan turut hadir dengan kamera hadapan 5-megapixel dengan lensa rakaman luas – serta kamera belakang 13-megapixel.

Xiaomi menyertakan beberapa perkara baru pada Xiaomi Mi4c ini. Salah satunya adala penghubung USB Type-C untuk tujuan pengecasan, dan turut menyertakan fungsi dwi-tap untuk mengaktifkan skrin.

Xiaomi Mi4c

Xiaomi Mi4c

Xiaomi Mi4c

Xiaomi Mi4c

Disamping itu, Xiaomi turut menyertakan fungsi dinamakan Edge Tap yang membolehkan anda tap pada bahagian tepi peranti untuk membuat beberapa perkara – sebagai contoh merakamkan gambar selfie atau kembali ke skrin sebelumnya.

Xiaomi Mi4c ini akan mula dijual di China dalam dua variasi, dimana versi asas dengan memori 2GB RAM dan ruangan storan 16GB berharga RMB1299 (~RM874). Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan memasuki pasaran tempatan.

Xiaomi Mi4c

Xiaomi Mi4c


TIPS & ULASAN