GMail Untuk Android Kini Memudahkan Pengguna Untuk Nyah-Langgan Dan Menghalang Emel Dari Seseorang

GMail Untuk Android Kini Memudahkan Pengguna Untuk Nyah-Langgan Dan Menghalang Emel Dari Seseorang

Diterbitkan pada Sep 23, 2015 oleh .

Dalam menjadikan penggunaan emel bebas daripada spam dan emel-emel yang tidak disukai, Google telah menyediakan beberapa fungsi seperti kebolehan nyah-langgan sesuatu produk. Tetapi ia hanya terhad pada versi web sahaja sehingga kini. Hari ini, perkara tersebut berubah, apabila Google mengumumkan pengenalan fungsi tersebut untuk aplikasi mudah-alih Android.

GMail Block

Dua fungsi baru diumumkan untuk Gmail Android, dimana yang pertama adalah kebolehan nyah-langgan daripada emel sesuatu produk atau perkhidmatan. Kebanyakkan emel berbentuk langganan telah pun menyediakan pautan untuk nyah-langgan tetapi proses tersebut agak melecehkan pengguna. Kini, pengguna boleh menguruskan GMail mereka dengan nyah-langgan emel daripada produk atau perkhidmatan yang tidak digemari mereka dengan hanya menekan pada satu butang sahaja.

Disamping itu, GMail untuk Android juga akan memperkenalkan fungsi Block pengguna atau sesuatu alamat emel – dimana segala emel yang dihantar daripada pengguna berkenaan tidak akan diterima oleh anda.

Kedua-dua fungsi ini akan diperkenalkan kepada pengguna GMail untuk Android dalam minggu-minggu akan datang secara berperingkat.

Muat-Turun GMail untuk Android


TIPS & ULASAN