Carian
Xiaomi Memperkenalkan Perkhidmatan Telekomunikasi MVNO Di China, Dinamakan Mi Mobile
September 23, 2015 Aman

Xiaomi bersama-sama pengenalan telefon pintar Mi4c yang terbaru, mereka turut sama mengambil kesempatan untuk mengumumkan sebuah perkhidmatan telekomunikasi terbaru daripada mereka dinamakan sebagai Mi Mobile. Mi Mobile adalah perkhidmatan MVNO daripada Xiaomi yang mana berasaskan kepada rangkaian China Unicom 2G/3G/4G.

Xiaomi Mi Mobile menyasarkan dua jenis pengguna – satu adalah mereka yang sering ke China, dan satu lagi adalah pengguna aktif internet pada peranti mudah-alih.

Xiaomi Mi Mobile

Xiaomi Mi Mobile

Xiaomi Mi Mobile hadir tanpa sebarang langganan bulanan, dan pengguna akan dikenakan caj sebanyak RMB0.10 untuk setiap minit panggilan, SMS atau 1MB data.

Tetapi, jika anda merupakan pengguna aktif data, anda boleh membuat langganan sebanyak RMB59 untuk sebulan yang menawarkan penggunaan data sebanyak 3GB.

Seperti biasa, kad SIM yang disediakan hadir dalam variasi mini-SIM, mikro-SIM dan juga nano-SIM. Ia tidak diketahui sama ada pihak Xiaomi akan membawa penawaran lebih kurang sama ke pasaran lain ataupun sebaliknya. Dengan fokus Xiaomi akhir-akhir ini terhadap pasaran India, tidak mustahil mereka mengumumkan perkara yang lebih kurang sama untuk pasaran India dalam masa beberapa bulan atau tahun lagi.

Komen