Carian
Aplikasi Permesejan Telegram Memperkenalkan Fungsi Baru Dinamakan Channels
September 23, 2015 Aman

Telegram Messenger merupakan salah satu aplikasi permesejan yang sering menambah fungsi-fungsi baru hampir beberapa minggu sekali. Hari ini, melalui kemaskini yang diperkenalkan untuk pengguna Android dan juga iOS, pihak Telegram memperkenalkan sebuah fungsi baru yang dinamakan sebagai Channels.

Telegram Channels

Melalui Telegram Channels ini, ia membolehkan sesuatu mesej disampaikan kepada sekumpulan pengguna dengan lebih efektif lagi. Menggunakannya, anda diberikan sebuah pautan khusus untuk memudahkan sesiapa sahaja mengikuti saluran berkenaan, selain pemilik saluran boleh melihat berapa ramai telah melihat sesuatu mesej berkenaan.

Fungsi ini mungkin amat berguna untuk sesuatu jenama atau persatuan dalam memudahkan pengguna mereka mengikuti sesuatu mesej daripada mereka, dan melihat berapa ramai yang memberikan reaksi untuk mesej berkenaan.

Sesiapa sahaja boleh membuat saluran mereka melalui Telegram, dan anda hanya perlu menggunakan versi terkini aplikasi Telegram untuk membuatnya, serta menyertai Channel yang lain.

Komen