Cari @ Amanz

Telegram Messenger telah memperkenalkan sokongan sticker ataupun emoji bersaiz yang lebih besar pada perkhidmatan mereka sejak beberapa bulan yang lepas. Beberapa pengguna telah menerbitkan sticker mereka tersendiri, dan baru-baru ini kami menemui sebuah koleksi baru yang memfokuskan warna-warni tempatan, dinamakan sebagai Malaysia Icon.

Telegram Messenger Malaysia Icon

Seperti biasa, ia membawakan rekaan sticker yang kemas dan cantik, selain setiap gambarnya menyampaikan mesej yang ingin diketengahkan dengan mudah. Kami kurang pasti sejak bilakah koleksi ini telah diterbitkan untuk Telegram Messenger.

Bagi anda yang menggunakan perkhidmatan permesejan Telegram, anda boleh memuat-turun sticker ini secara percuma, dan menggunakannya dalam menghantar ia kepada rakan-rakan atau menggunakan ia pada Groups dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd