Carian
Apple Mempatenkan Jack Fon Kepala Baru Yang Lebih Nipis
September 23, 2015 Effi Saharudin

Sudah September 2015 dan masih ramai pengeluar berobsesi dengan status “peranti paling nipis” di pasaran sedangkan ianya bukan dikehendaki pengguna. Apa yang diperlukan oleh pengguna ialah peranti yang mempunyai ketahanan bateri yang baik dan kemampuan melayari internet pantas secara percuma. Kadang kala kegilaan menghasilkan peranti paling nipis mengakibatkan beberapa fungsi terpaksa dibuang. Contoh terbaik ialah Oppo R5 yang terlalu nipis sehingga jack fon kepala tidak disertakan. Ini adalah kerana jack fon kepala 3.5 mm yang dijadikan piawai sekarang adalah terlalu tebal untuk rekaan peranti nipis.

Apple-Paten-Jack-Fon-Kepala_02

Di Apple mereka menemui salah satu cara untuk menipiskan peranti tetapi masih mengekalkan penggunaan jack fon kepala. Sebuah paten jack fon kepala khas rekaan Apple difailkan dan ianya hanya setebal 2 mm. Jack fon kepala ini sama seperti jack fon kepala lama cuma dengan sebahagian sisinya dipotong. Dari pandangan hadapan palam yang dahulunya berbentuk bulat kini kelihatan seperti huruf D.

Dengan rekaan ini peranti Apple akan boleh dinipiskan tanpa perlu risau kehilangan jack fon kepala. Namun ia turut bermakna fon telinga dan fon kepala yang sedia ada sekarang tidak lagi boleh digunakan dengan produk Apple masa hadapan sekiranya mereka menggunakan rekaan baru ini. Apakah pendapat anda? Adakah sudah tiba masanya jack fon kepala 3.5mm digantikan dengan saiz yang lebih kecil?

Apple-Paten-Jack-Fon-Kepala_01 Apple-Paten-Jack-Fon-Kepala-2

 

Komen