Cari @ Amanz

LG akan mengadakan acara khas pada 1 Oktober hadapan bagi melancarkan peranti LG V10. Hari ini gambarnya tertiris melalui akaun Twitter @evLeaks. Unik sekali ia mempunyai dua skrin pada bahagian hadapan. Satu skrin besar untuk paparan normal dan satu lagi skrin kecil sebaris dengan kamera hadapan. Bercakap tentang kamera hadapan, ianya adalah sebuah kamera berkembar. Pada skrin sekunder ini kelihatan beberapa ikon singkatan untuk aplikasi. Apakah kegunaan skrin sekunder dan kamera berkembar pada V10 masih belum diketahui. Pasti ianya akan menjadikan V10 antara peranti yang unik di pasaran kelak.

Dari segi spesifikasi V10 dijangka mempunyai skrin 5.7″,pemproses Snapdragon 808, RAM sebesar 3 GB, muatan dalaman 64 GB dan kamera utama dengan pemfokusan laser sebesar 16 Megapixel. Mari kita nantikan pelancarannya secara rasmi Oktober hadapan untuk melihat apakah inovasi yang bakal diperkenalkan oleh LG.

LG-V10-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd