CyanogenMod Mengumumkan Sokongan Peranti Xiaomi & Huawei

CyanogenMod Mengumumkan Sokongan Peranti Xiaomi & Huawei

Diterbitkan pada Sep 23, 2015 oleh .

CyanogenMod ialah antara ROM kustom yang paling popular di kalangan pengguna Android. Menurut mereka terdapat lebih banyak peranti yang  menggunakan Cyanogenmod berbanding pengguna Blackberry dan Windows Phone di luar sana. Jumlah peranti yang menggunakan ROM ini pastinya bertambah dengan sokongan beberapa peranti baru berjenama Xiaomi, Huawei, Wileyfox dan Smarfen. Sokongan kepada beberapa peranti baru diumumkan oleh Cyanogen melalui blog mereka. Berikut ialah senarai lengkap peranti yang kini disokong oleh mereka.

  • Huawei – Honor 4, Honor 4x, Ascend Mate 2, Snapto
  • Motorola – Moto E 2015, Moto G 2015
  • Xiaomi – Mi3w, Mi4
  • Smartfen – AndroMax Q
  • WileyFox – Storm, Swift
  • Oppo – R7, R7Plus, R5Plus
  • Samsung – S5 Duos, Galaxy S5 (Versi Jepun dan China)
  • HTC – M8 Dual SIM
  • LG – G3 (Versi Korea)

 

 


TIPS & ULASAN