Cari @ Amanz

Leagoo ialah sebuah lagi pengeluar dari tanah besar China yang memasuki pasaran peranti pintar negara. Sejak Mac 2014, mereka sudah membawa masuk 10 peranti berspesifikasi sederhana dengan harga mampu milik. Bulan ini mereka membawa masuk tiga peranti terkini mereka. Hari ini Leagoo Elite 1 dilancarkan dan ianya adalah peranti utama keluaran mereka. Elite 1 dilengkapi skrin 5″ JDI LTPS FHD, diperkasakan pemproses lapan teras 1.3 GHz Mediatek MT6753, RAM sebesar 3 Gigabyte dan muatan dalaman sebesar 32 Gigabyte (sokongan MikroSD sehingga 64 Gigabyte). Kemampuan optik pula ialah 16 Megapixel f/2.0 pada bahagian belakang dan 13 Megapixel f/2.4 pada bahagian hadapan.Kedua-dua kamera mempunyai sistem flash LED.

Leagoo Elite 1 20150923_120124

Seperti kebanyakan peranti utama di pasaran sekarang, Elite 1 turut menyertakan pengimbas cap jari terbina pada bahagian butang home hadapan. Terdapat juga butang khas pada sisi sebelah kanan yang boleh dikustomasi untuk melancarkan aplikasi kamera dengan pantas ataupun menjawab panggilan telefon. Dua SIM Mikro boleh digunakan serentak dengan sokongan rangkaian LTE. Akhir sekali ia dilengkapi bateri sebesar 2400 mAh serta sistem pengecasan pantas yang mengecas peranti dalam masa dua jam. Sistem operasi yang digunakan pula ialah Android 5.1 dengan antaramuka Leagoo OS 1.1.

Dari segi kemasan peranti ini mempunyai panel kaca tahan lasak Gorilla 3 pada bahagian belakang. Tiga pilihan warna diberikan iaitu Midnight Black, Dazzling White dan Champagne Gold. Peranti ini akan mula dijual 25 September hadapan dengan harga saranan RM 999 sebuah.

Selain pengumuman harga Elite 1, pihak Leagoo turut mengesahkan mereka akan membuka kedai kosep mereka di Plaza Lowyat seawal bulan November ini. Laman rasmi Leagoo Malaysia turut akan diberikan nafas baru Oktober ini yang membolehkan pelanggan membeli peranti secara terus dari mereka.

Leagoo Elite 1 20150923_120130Leagoo Elite 1 20150923_120205 Leagoo Elite 1 20150923_120209

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd