Khan Academy Memperkenalkan Kemaskini Aplikasi iPhone, Melancarkan Aplikasi Android

Khan Academy Memperkenalkan Kemaskini Aplikasi iPhone, Melancarkan Aplikasi Android

Diterbitkan pada Sep 23, 2015 oleh .

Khan Academy merupakan salah satu perkhidmatan berasaskan web yang menawarkan pelbagai tutorial untuk para pelajar dan sesiapa sahaja, sekaligus memudahkan pembelajaran sesuatu topik – daripada matematik, sains, sejarah kepada pelbagai topik menarik yang lain.

Khan Academy App

Pada minggu lepas, mereka telah mula menguji aplikasi Khan Academy untuk Android dalam bentuk beta, dan kini mereka telah pun melancarkan secara rasminya untuk pengguna Android.

Disamping itu, versi iPhone juga turut dikemaskini dalam membawakan rekaan antaramuka yang selari dengan versi Android.

Khan Academy

Khan Academy

Melalui aplikasi baru ini, pengguna boleh mengikuti pelbagai tutorial berbentuk video dengan mudah, selain memantau aktiviti pembelajaran mereka dengan lebih efektif.

Jika anda menggunakan telefon pintar berasaskan Android atau iPhone, mungkin Khan Academy ini adalah salah satu aplikasi yang boleh anda pasang, dan ikuti pelbagai pembelajaran menarik dari mana-mana pada bila-bila masa.

Muat-Turun Khan Academy untuk Android

Muat-Turun Khan Academy untuk iPhone


TIPS & ULASAN