Cari @ Amanz

Pada masa kini semakin banyak sistem storan awan yang ditawarkan kepada pengguna, baik yang berbayar mahupun yang percuma. Namun kadangkala storan awan yang disediakan mungkin tidak mencukupi keperluan pengguna yang mahukan sistem lebih besar. Kini WD telah mengemaskini sistem operasi WD Cloud mereka, dan membawakan beberapa pembaharuan terkini.

Untuk sistem WD Cloud OS 3 yang terbaru ini, ia direka dengan lebih fungsi termasuklah pengurusan perkongsian fail media, fungsi penyimpanan data dan juga salinan pendua yang lebih intuitif dan turut disertakan dengan kit pembangunan perisian (SDK – Software Development Kit) yang membolehkan pembangun aplikasi mencipta aplikasi yang boleh berhubung dengan sistem pemacu cakera keras WD My Cloud. Fungsi yang turut diketengahkan adalah akses fail menerusi pelayar internet dan juga sejarah fail tersebut.

WD-My-Cloud-007

Perisian WD Cloud OS 3 boleh dimuat-turun secara percuma pada 28 September dan pada acara yang sama juga WD Malaysia telah mengumumkan WD My Cloud Mirror, iaitu pemacu cakera keras dengan keupayaan storan awan namun didatangkan pada jenis RAID, membolehkan data yang disimpan diduplikasikan untuk penyimpanan yang lebih selamat. Pemacu ini akan mula dijual pada bulan hadapan dan hadir pada 3 variasi storan iaitu 4TB pada harga RM 1,299, 6TB pada harga RM 1,729, dan juga 8TB pada harga RM 2,129.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd